di mana kamu
di mana kamu
aku di sini terus merindu
tidakkah terlintas walau sedetik
tentang diriku dalam fikiranmu
engkau pengecut engkau penakut
engkau hanya lelaki yang tidak tahu
tentang keputusan yang perlu dibuat
lelaki yang hanya mencari bila kesusahan
tetapi selepas itu kau melupakan
apakah erti
apakah erti
pada dirimu lelaki
engkau kedekut engkau penakut
untuk berkongsi perasaan
mengisi sesuatu kekosongan
sampai bila hatimu simpan
pada si penganyam impian
lalu ku temui satu persimpangan melepaskanmu
atau terus menjadi hamba perasaan
kuberdiri dengan seribu kesakitan...

Aku umpama pengukir tanpa pahat dan penukul..
ReplyDeleteTanpa ilham yang luhur hanya khayalan yang jujur..
Maka dengan Khayalan aku ukir permata..
Kujadikan istana suara kita berdua... =)
istana suara sungguh indah dalam khayalan
ReplyDeletetapi indah lagi dalam kenyataan
dan itulah yang kudambakan
dan kutahu harus kurempuh seribu kapayahan...=)
Akan ku ukirkan senyummu..
ReplyDeleteAkan ku lukiskan tawamu..
Menjadikan susunan warna..
Potret indah kita bersama...